WELCOME SELAMAT--DATANG- SELAMAT--MANDEG SELAMAT--DATAI

Saturday, June 9, 2012

POSTER

Poster di reka bentuk sama ada dalam bentuk 2D atau 3D objek. Format kertas single page di letakan ditempat orang ramai yang mudah untuk dibaca dan dilihat dengan cara mengantung atau menampal yang bertujuan untuk mempamerkan atau mempromosikan dari item-item seperti :
-maklumat hiburan
-data
-jadual atau tawaran
-aktiviti pameran
-pertandingan
-jualan murah
-tempat
-produk baru
-syarikat kewangan
-khidmat pelanggan
-organisas

Poster yang baik ialah poster yang mempunyai elemen2 lain seperti pengunaan warna, pelbagai rupa, bentuk dan teks, maklumat yang hendak disampaikan, komposisi,saiz adakalanya poster yang ringkas sahaja boleh memberi impak yang tinggi keada pemerhati.

Antara perkara yang perlu diketahui oleh pelajar jika hendak membuat poster ialah :

-Tema dan tajuk yang sesuai
-Sampel atau target
-Saiz poster (A3,A2,A1 dan A0)
-Media yang digunakan (perisian adobe photoshop atau adobe illustrator)
-Komposisi (Landskap/Potrait)
-Pengunaan asas seni reka (Unsur seni dan prinsip rekaan)

Thursday, June 7, 2012

TUGASAN 5

Tajuk : Risalah/Broswer

Dikehendaki menghasilkan satu risalah mengenai serangga.

Dengan mengunakan kertas A3, hasilkan satu risalah yang mempunyai maklumat tentang serangga tersebut dan gambar-gambar serangga tersebut. Hasil karya tersebut hendaklah memenuhi belakang depan permukaan A3 tersebut.

Proses menghasilkan tugasan :

Saya telah memilih serangga yang dipanggil Belalang.Di bawah adalah satu daripada hasil yang saya buat.

Bahagian depan risalah

Bahagian Dalam Risalah

TUGASAN 4

Tajuk Tugasan: Pembungkusan

Synopsis
IKS ialah singkatan kepada Industri Kecil dan Sederhana, IKS memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti. Satu kajian kes, sedang dijalankan oleh pihak IKS, untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan ringan yang terdiri daripada keropok atau kerepik, diperbuat daripada buah pisang, ubi-kayu, keledek, keladi, biji durian, buah nangka, melinja, udang kering, tepung  dan lain-lain (goreng sahaja). Reka bentuk pembungkusan yang dihasilkan akan digunakan pada dua kawasan iaitu di IKS Rembau dan di IKS Seremban, Negeri Sembilan.


spesifikasi & proses    
 i.   anda dikehendaki mereka bentuk tiga pembungkusan
 ii.  hanya satu sahaja yang di cetak atas kertas saiz A3, warna.
 iii. format fail di beri dalam AI (boleh download dari MyGuru)


Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan, di antara kriteria lain yang Perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon: 2D atau 3D dan saiz), permilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, net weightbar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due datecustomer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut.

Proses penghasilan pembungkusan :
Saya telah memilih kerepek pisang dan kerepek bawang untuk tujuan pembungkusan. Dibawah adalah hasil pembungkusan yang telah saya hasilkan.



Contoh Pembungkusan Kerepek Pisang


Contoh pembungkusan Kerepek Bawang

























TUGASAN 3


Tajuk : Quotes Thyphographic


Synopsis
Menurut Morioka et al. (2006), ‘typography is picture or words’. Maksud taipografi pada asalnya ialah ‘the arts of designing printed products according to aesthetic criteria’. Perkataan tersebut berasal dari bahasa Greek dan bermula daripada typos (impression) dan graphien (to write). Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama, taipografi sebagai ‘the use of different styles of type to express ideas, concepts, and design’. Resnick (2003) pula berpendapat bahawa, ‘typography is the art of designing with type. Type is the term used for the letters in the alphabet, the numbers and the punctuation marks that make words, sentences, and blocks of textThe term typeface refers to the design of all the characters mentioned above, unified by common visual elements’.

Spesifikasi & proses     
i. anda dikehendakki menghasilkan satu poster taipografi (quotes)
ii. saiz A2, kedudukan portrait & warna
iii. format fail dalam  .PDF atau .JPEG dan save dalam pendrive.
iv. sila guna ‘quotes’ di bawah ini, dan pilih hanya satu sahaja.

Tarikh hands-on
20-04-2012 jam 8.30-10.30 malam (group A,  jam 8.00-10.00 pagi (group B)

Typography is picture on words : 

1.Every human being is a designer” - Norman Potter
2.It is better to offer no excuse than a bad one” – George Washington
3.Whether you think you can, or you think you can’t – you’re right.” – Henry Ford
4.It’s kind of fun to do the impossible.” – Walt Disney
5.Listen to many, speak to a few.” - William Shakespeare
6.Life is what happens to you while you’re busy making other plans.” – John Lennon
7.A painter should begin every canvas with a wash of black, because all things in nature are dark except
where exposed by the light.” – Leonardo da Vinci
8.A beautiful thing never gives so much pain as does failing to hear and see it.” – Michelangelo
9.If you don’t stand for something you will fall for anything.” – Malcolm X
10.I hate every minute of training, but I said, ‘Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as a
champion.” – Muhammad Ali
11.Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.” – Nelson Mandela
12.A day without laughter is a day wasted.” – Charlie Chaplin
























TUGASAN 2


TAJUK : PHOTO-STUDIES
Synopsis
Fotografi adalah salah satu media yang dapat membantu menyampaikan maklumat dalam hasil karya reka bentuk grafik. Imej yang difokuskan dalam tugasan ini adalah merupakan suasana yang berlaku di pasar malam Tanjung Malim, Perak. Tugas anda ialah mengambil gambar antara (20 - 30) sahaja. 


Subject matter 
Penjual, pembeli, barang-barang yang dijual, kedai jualan, etc.

Concept development    
Pasar malam di pekan Tanjung Malim.

Spesifikasi & proses
i.   anda dikehendakki menghasilkan satu poster
ii.  cetak kertas saiz A3, kedudukan portrait & warna
iii. format fail dalam .PSD & .PDF atau .JPEG dan burn dalam CD

Pemberian markah       
15% (selepas tugasan dihantar)



“Every human being is a designer” Norman Potter


Proses menjalankan tugasan :



Saya telah menjalankan tugasan ini pada hari sabtu, dimana saya pergi ke pekan Tanjung Malim,Perak iaitu pada malam sabtu terdapat pasar malam. Saya bersama rakan-rakan mengambil gambar dengan kebenaran peniaga. Sebagai contohnya,saya telah memilih tajuk bertemakan bawang. Hampir banyak juga gambar-gambar yang saya ambil,akhirnya saya telah mengedit balik gambar-gambar tersebut dengan kehendak soalan tugasan, dan hasilnya seperti dibawah........


Hasil tugasan 1


Hasil tugasan ke-2



Hasil tugasan ke-3

TUGASAN 1


Tajuk : Poster self-potrait (seni digital – reka bentuk iklan)

Sinopsis
Proses reka bentuk (design process) dipertingkatkan dengan penggunaan perisian photoshop cs 3-5, yang bermula dengan membuat kajian, analisis dan KBKK tentang subject matter diri anda. 

Concept development
-Mempromosikan UPSI.

Spesifikasi & proses 
-Anda dikehendaki menghasilkan satu iklan self-portrait.
-Cetak kertas saiz A3 atau kombinasi 2 A4, berdudukan portrait & warna.
-Aplikasi atas bingkai A3format fail dalam .PSD & .PDF dan burn dalam CD/thumbdrive.


Wednesday, June 6, 2012

LOGO

Logo ialah lambang atau tanda identiti (trademark) berbentuk 2D atau 3D warna dan monokrom, geometri atau organik, taipografi, abstrak bagi mewakili identiti korporat sesebuah syarikat, produk dan perkhidmatan.

Ciri-ciri logo,ialah :

1. Mudah dan ringkas
2. Mempunyai identiti tepat untuk organisasi.
3. Keaslian.
4. Identiti tersendiri.
5. Keagungan.
6 .Mengikut ciri-ciri unsur senireka dan prinsip rekaan.
7.Mesej yang jelas dan tepat.
8.Kemas dan bersih.


Logo terbahagi kepada empat jenis, iaitu :

1. LOGO HURUF (TYHPOGRAPHYIC MARKS)
Logo huruf atau logo taipografi menggunakan fon atau muka taip bagi menghasilkan identiti korporat atau trademark  berbentuk imej logo. Logo berbentuk perkaaan atau logo huruf ringkas (initials). pendekatan tipografi perlu dimasukan unsur grafik seperti garian, imej, rupa organik, atau geometri, dan warna di dalam kandungan logo bagi memperkembangkan lagi identitinya.

Contoh Logo Huruf 1

Contoh Logo huruf 2



2. LOGO SIMBOL (SYMBOLIC MARKS)
Logo simbol memberikan sendikit tambahan reka bentuk ke dalam tanda identitinya berbanding dengan logo representasi (logo diskriptif). terutamanya dalam penambahan unsur-unsur figura (rupa : organik, geometri atau abstrak dan bentuk: 2D atau 3D.)

Logo simbol bagi syarikat Petronas


Logo Simbol bagi kitar semula



3. LOGO REPRESENTASI(DESCRIPTIVE MARKS)
Logo representasi atau dikenali dengan descrptive marks menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung di antara syarikat perniagaan dan produk, atau perkhidmatan pelanggan.

Logo syarikat PROTON


Logo Syarikat Telekom Malaysia



4. LOGO AMBIGRAM
An ambigram is a typographical design or atrform that maybe read as one or more words not only in its form as a presented but also from another viewpoint, direction, or orientation. the words readable in the other viewpoint, direction or orientation maybe the same or diffrent from the original words. douglas R. Hofstadter describes an ambigram as a "calligraphis design that manages to squeeze two diffrent readings into the selfsame set of curves." 

Logo Ambigram 1

Logo Ambigram 2


Rujukan Nota dari Buku Koleksi 2003-2011 BITMAP & VEKTOR TUGASAN reka bentuk GRAFIK oleh DR.Redzuan Hussin








Lollipop